学校简史

沙登新村华文小学二校发展史

  • 1967年分校

    1月1日沙戥新村国民型华文小学(二)校正式创立。她的前身为沙戥新村学校(创立于1951年)。由于当时学生人数激增至1900余人,已到达了饱和点,师资与课室皆不堪负荷。因此,董事会向教育部申请分校。申请获得批准后,原校称为沙戥新村国民型华文小学(一)校,分校则命名为沙戥新村国民型华文小学(二)校。此后,两校无论在董事、行政、经费,都划分清楚。然而,两校的师生仍共同在原有的校舍以上、下午班交替的方式上课。卢振明校长是沙戥新村国民型华文小学(二)校的第一任校长。
  • 1980年沙登新村国民型华文小学(二)校

    后期沙戥被定名为沙登,校方也随之将校名写为沙登新村国民型华文小学(二)校,并沿用至今。
  • 1982 年成立沙二建校工委会

    嗣在70年代末期,有鉴于学生人数逐年剧增,两校学生已近4000人。原有的校舍已无法容纳日与俱增的学生,校方唯有向教育部申请拨地另建校舍。沙二董事会、家教协会以及村内其他四十余个社团及民间组织一致赞成向教育部争取把沙二迁至新的地点。当时即席成立了沙二建校工委会,由当年沙二家协主席林辉煌县议员为首。该工委会于1983年向教育部提呈有关的备忘录;雪州行政议员兼本区州议员拿督叶炳汉则向州政府申请新校地。
  • 1985年批准沙二新校地

    经过三年的努力,终于在 5月7日获得雪州政府批准拨出位于沙登再也一块约六英亩平坦地段,供作沙二新校地。12月28日,当时在任的教育部副部长拿督林良实医生宣布沙二在第五大马计划中获得教育部批准一笔为数95万令吉的拨款,作为兴建两座三层楼新校舍的经费。
  • 1986年新校舍动土礼

    4月10日,拿督林良实医生与拿督叶炳汉州行政议员联袂为沙二新校舍主持动土礼。由于当局的拨款只能兴建14间教室,然而学生人数已逾1600人,就算分上下午班上课,亦无法容纳。因此,董事会当机立断,立刻通过举办演唱会、义卖、沿门募捐等方式筹款,以另建六间单层临时教室。故预定年底竣工的新校舍,延迟至翌年4月方落成。
 
 

SEJARAH SEKOLAH

 

SJK(C) Serdang Baru 2 ditubuhkan pada tahun 1967. Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Serdang Baru (sekolah rendah Cina yang tunggal di Kampung Seri Kembangan sejak tahun 1951). Pada tahun 1967, sekolah dibahagikan kepada SJK(C) Serdang Baru 1 dan SJK(C) Serdang Baru 2. Walaupun kedua-dua buah sekolah mempunyai pentadbiran yang berlainan, mereka berkongsi bangunan dan kemudahan sekolah manakala kelas-kelas diadakan berasingan, iaitu sesi pagi dan petang.

Pada penghujung tahun 70-an, bilangan murid kedua-dua buah sekolah semakin bertambah. Keadaan ini telah menimbulkan keperluan mendapatkan tapak lain untuk membina bangunan sekolah yang baharu. Pada tahun 1981, kerajaan telah meluluskan tapak tanah seluas 6 ekar di kawasan Serdang Jaya untuk membina bangunan sekolah baharu. Kos pembinaan bangunan sekolah baharu ini yang berjumlah RM950,000 telah dibiayai oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Bangunan sekolah yang baharu telah siap dibina pada penghujung tahun 1986. Pada 20 April 1987, SJK(C) Serdang Baru 2 berpindah dari lokasi lama ke bangunan baharu dan dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Dr. Ling Liong Sik, Menteri Pengangkutan Malaysia (kini Tun Dr. Ling Liong Sik). Dengan adanya bangunan baharu ini, murid-murid berpeluang belajar dalam suasana yang ceria dan selesa.

Pada tahun 1989, Lembaga Pengelola Sekolah dan PIBG telah merancang untuk membina sebuah dewan serbaguna sebagai tempat berhimpun serta menjalankan aktiviti-aktiviti kokurikulum. Untuk tujuan tersebut, pelbagai aktiviti pengumpulan dana dianjurkan untuk mengutip derma bagi membiayai kos pembinaan dewan. Pada tahun 1992, dewan sekolah dan blok pentadbiran telah siap dibina dengan kos pembinaan sebanyak RM1.1 juta.

Pada tahun 1993, Kementerian Pelajaran meluluskan pembinaan bangunan sekolah Fasa 2. Satu blok bangunan 3 tingkat yang mengandungi 12 bilik darjah telah siap dibina pada tahun 1995.

Pada tahun 2000, demi menghadapi zaman kemajuan IT menjelang alaf baru, Lembaga Pengelola dan PIBG sekolah ini telah membina sebuah Bangunan IT setinggi 3 tingkat yang mengandungi 3 buah makmal komputer, sebuah pusat sumber dan perpustakaan.

Pembangunan SJK(C) Serdang Baru 2 diteruskan berikutan perkembangan sosio ekonomi dan pertambahan bilangan penduduk di sekitar kawasan sekolah. Oleh kerana bilangan murid semakin meningkat dan masalah kekurangan bilik darjah semakin ketara, sekali lagi pihak PIBG dan Lembaga Pengelola Sekolah telah berusaha untuk membina sebuah bangunan tambahan yang mengandungi 12 bilik darjah menjelang tahun 2006.

Pada tahun 2007 pula, demi memajukan program sukan serta menambah kemudahan fizikal di sekolah ini, satu projek yang dinamakan Bangunan Dewan Sukan dan Auditorium dimulakan. Pihak PIBG dan Lembaga Pengelola Sekolah sekali lagi berjaya mengadakan aktiviti kutipan derma bagi membiayai projek tersebut yang bernilai RM 1.3 juta. Pada awal tahun 2008, sebuah dewan yang mengandungi 2 buah gelanggang bola keranjang, dewan auditorium, stor sukan, bilik-bilik khas dan tandas telah siap dibina dan dibuka untuk kegunaan warga sekolah ini.

Akan tetapi pada tahun 2010, pihak sekolah terus menghadapi masalah kekurangan bilik darjah akibat pertambahan bilangan murid. Demi menyediakan tempat belajar yang mencukupi serta selesa untuk kanak-kanak di sekitar kawasan Seri Kembangan, maka pihak PIBG dan Lembaga Pengelola Sekolah telah memutuskan untuk membina sebuah bangunan baharu 4 tingkat yang mengandungi bilik darjah PdP, bilik guru, bilik-bilik khas, tandas dan stor. Untuk menjayakan projek tersebut, Majlis Malam Amal telah diadakan pada bulan November 2010 dan berjaya mengumpul dana sejumlah RM1.75 juta. Kerja pembinaan dimulakan pada penghujung bulan Februari 2012 dan bangunan siap dibina pada bulan Mac 2013.

Usaha memperkembangkan kemudahan fizikal sekolah diteruskan pada tahun-tahun berikutnya. Pada bulan Jun 2014, selaras dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin maju, pihak PIBG tidak teragak-agak untuk memasang papan tulis elektronik di semua bilik darjah dan kelas khas. Kemudahan ini secara langsung dapat mempertingkatkan kualiti PdP melalui penggunaan perisian multimedia.

Seterusnya, dengan keizinan kerajaan negeri, pihak sekolah membuka tanah kosong di hadapan dan tepi sekolah sebagai tempat letak kereta dan pengangkutan lain berikutan pertambahan murid-murid.

Usaha menaiktaraf kemudahan fizikal sekolah diteruskan pada awal tahun 2016. Pihak PIBG dan Lembaga Pengelola Sekolah berganding bahu memasang kipas yang baharu untuk menggantikan kipas yang telah usang dan menambah bilangan kipas di dalam setiap bilik darjah. Selain itu, penghawa dingin dipasang di semua kelas Tahun 6 supaya murid-murid dapat belajar dengan selesa pada waktu kelas tambahan petang.

Pada tahun 2017, landasan terowong sejarah sekolah telah dibina oleh pihak lembaga pengelola sekolah dan PIBG di sebelah sudut bacaan. Usaha ini bukan sahaja dapat menambah ilmu pengetahuan para murid tentang perkembangan sejarah sekolah malahan juga dapat menyemai sikap cinta akan sekolah. Di samping itu, dengan adanya landasan terowong sejarah ini, semua warga sekolah dapat memberikan penghargaan kepada sumbangan yang telah diberikan oleh tokoh- tokoh sekolah.

Selain itu, pihak PIBG juga berusaha meningkatkan keceriaan kawasan sekolah dengan mewujudkan "tyreland" sebagai tempat rehat murid-murid. Kerusi dan meja batu serta pondok bertemakan gaya Melayu juga disediakan bersebelahan pondok bacaan.

Pihak PIBG juga menyelesaikan masalah tempias air hujan di sudut bacaan dengan memasang tirai buluh dan poster. Tindakan ini bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah tempias air hujan malah dapat meningkatkan keceriaan sudut bacaan .

Pihak lembaga pengelola sekolah dan PIBG juga berganding bahu dalam pengubahsuaian pintu pagar utama sekolah sempena sambutan jubli emas sekolah. Pintu pagar tersebut telah dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah, Dato Dr Yen Yuen Choy pada 5hb November 2017 selaras dengan "I Love SB2 carnival". Ini dapat memberikan harapan dan wajah baharu SJKC Serdang Baru 2 yang akan membawa kecemerlangan pada masa hadapan.